Cari blog ini

Monday, January 23, 2017

L.O.V.E

Semalam aku belajar Movie Maker dari kelas ICT ku. Thanks a lot to pensyarah , Pn. Yati dan En. Hazrul.
balik je dari kelas, aku terus buka laptop... hehehheheee... nak downloads Movie Maker 2011. Nak apply ape yang aku belajar dalam kelas.

Ini lah hasil dari usaha ku semalaman.....


Sunday, January 8, 2017

Baja BMO

http://emashijauenterprise.blogspot.com/2017/01/testing-testing.html

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum..Tahun 2017 baru menjengah.. Alhamdulillah.. Diberi Kesempatan oleh yang Maha Esa.

Sunday, October 20, 2013

Assalamualaikum kawan kawan..

nak cite ape ye ari ni... semenjak dah kena wat vle frog ni... makin rajin lak aku buka blog aku ni... nak godek vle frog tak dapat... huhuhuhu... macam macam la dia cakap... password tak betul la... aritu aku buat ok pulak... tak tahu la aku... so kita beralih la pulak ke blog aku ni.... entry kali ni nak cite pasal short aku kat cameron tempoh ari la... lambat update.. almaklum la... balik raya haji sekali... mmg tak de masa la nak buka internet.. line yilek...

sempena cuti TYT Negeri Melaka tempoh hari... aku n my small family ke cameron highlands.kita orang ikut jalan sg koyan.. best sangat .. jalan ok je.. besar n tenang je nak drive...jalan bengkang bengkok cuma jalan menghala ke ringlet, tanah rata n brinchang je... .. ni kali ke dua aku menjejakkan kaki kat sana... and aku stay kat Parkland Hotel. best gak hotel ni... murah pun murah.. RM115 per night.. bersih n dekat ngan kedai n pasar malam Brinchang... best sangat.. tapi tak le sesejuk 8 tahun yang lalu... coz sana sini bukit dah di penuhi dengan kebun sayur... so banyak la tanah n bukit yang digondolkan... biasa la... mana nak buat kebun kalau tak buat sedikit perubahan...

tapi yang tak bestnye... aku pergi kejap je... stay 1 malam je... coz dah nak balik kampung puloks. ok aloh... lain kali kena datang lagi la jawabnye ni...

ni beberapa tempat yang kami sempat singgah...


stroberi merry... nyum nyum.. tapi makan kat sana je sedap... tak sesuai untuk di bawa balik.. kalau nak bawa balik.. beli la yang dikeringkan...


suasana pasar malam brinchang...


ni pulak.. hotel penginapan kami...

k lah nak chaw dulu... nanti ade masa saya sambung lagi ek...

Saturday, October 19, 2013

HUMAIRA

Assalamualaikum.. lamanya aku tak menjengah kat blog aku yang tak seberapa ni... kalau dulu aku kehilangan si kecil yang belum sempat melihat dunia... sekarang Alhamdulillah, kami telah pun dikurniakan seorang puteri yang comel dan cute. NUR HAFIY HUMAIRA nama dia. Tiap tiap hari .. ade saje benda or perangai baru yang dia buat.. tadi bila aku balik dari LADAP, dia suruh aku ambik rotan yang aku letak kat pasu bunga.. mula mula tu aku x faham jugak kenapa.. tapi bila ayah dia cerita .... baru la aku faham.. rupanya dia nak bagitahu aku yang dia kena rotan (ayah tak rotan pun... acah je..)kat ayah dia masa aku pergi sekolah tadi. kaki mengadu juga anak aku ni... baru 1 tahun 9 bulan... walaupun belum dapat bercakap lagi... tapi perbuatan dia tu dapat la aku faham... kadanga kadang tergelak gak tengok gelagat humaira ni... dia paling suka tiru gaya orang... cara minum... makan.. pegang straw... minum dalam cawan... semoga menjadi anak yang solehah dan bijak bila besar nanti.

Monday, March 21, 2011

Fakta - fakta tentang tsunami di jepun 2011

Beberapa Fakta Berkaitan Gempa Bumi Yang Menyebabkan Tsunami di Jepun


Semasa menonton berita di tv jumaat lalu, aku rasa amat terkejut melihat pristiwa ini berlaku. Kereta,kapal,rumah bagaikan barang mainan dibawa arus air laut yang mengganas. Itulah kuasa Allah  yang tiada taranya..
Dunia digemparkan sekali lagi dengan kejadian tsunami yang dahsyat. Sebelum ini ia melanda Acheh, kali ini Jepun pula dibadai tsunami. Berikut adalah beberapa fakta tentang gempa bumi yang mengakibatkan tsunami besar di Jepun Mac baru-baru ini:



•Gegaran terkuat pernah melanda Jepun.

•Gempa bumi kelima terkuat di dunia sejak 1900.

•8000 kali ganda lebih kuat berbanding dengan gempa bumi yang melanda New Zealand Febuari 2011 lalu.

•700 kali ganda lebih kuat berbanding gempa di Haiti, tahun 2010 lalu.

•Menggerakkan pulau Honshu 2.4 meter ke timur.

•Mempercepatkan putaran bumi sebanyak 1.6 mikrosaat, menurut NASA.

•Memusnahkan dasar lautan sepanjang 300 kilometer dan selebar 150 kilometer.

•Berpunca daripada plat tektonik gergasi terperosok ke bawah plat lain, iaitu pergerakan bumi yang sama seperti gempa bumi yang menyebabkan tsunami pada 2004 di Asia.

•Tenaga yang dilepaskan gempa itu bersamaan dengan penggunaan kuasa selama sebulan di seluruh Amerika Syarikat.

•Sistem amaran gempa bumi Jepun memberikan penduduk Jepun tempoh 15 saat untuk berlindung sebelum gegaran berlaku.



Kini Jepun dilanda pula dengan krisis makanan dan air bersih. Lebih memburukkan keadaan reaktor nuklearnya di Fukushima juga dalam keadaan serius. Peleburan nuklear adalah sesuatu yang lebih dahsyat dan menggerunkan dari tsunami. Diharap para jurutera Jepun dapat memperbaiki reaktor ini agar sekurang-kurang mengelakkan bencana kemanusiaan kali kedua berlaku di Jepun selepas tsunami. Kita sebagai rakyat Malaysia berharap rakyat Jepun dapat mengharungi saat sukar ini dengan penuh ketabahan.



Bersyukurlah juga kita kerana bumi Malaysia kita ini masih lagi aman dan dilindungi dari bencana-bencana yang amat dahsyat seperti demikian.

Tuesday, March 8, 2011

Kehilangan......

          Hari ini genap 40 hari pemergian anakku yang teramat ku cintai, Mohd Firas. Tak ku sangka kita hanya bersama sekejap cuma... 15 minggu mengandungkanmu.... Belum sempat ibu merasai pergerakan mu... Kau pergi tanpa ibu sedari....Semangat ibu seolah olah terbang pergi bersama jasad mu yang kini aman bersemadi... Sesekali bila ibu memikirkanmu... Ibu terasa tiada ertinya lagi hidup ini... namun ibu gagahi juga tuk meneruskan hidup yang tersisa... Mungkinkah ada pengganti dirimu dalam masa yang terdekat ini.... Tapi ..pada ibu... Mohd Firas tetap permata hati ibu yang pertama..... Al - fatihah buat permata hatiku. Tunggu ibu di pintu syurga......