Cari blog ini

Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi... penghulu segala bulan, bulan penuh berkat.. tahun nie, saya berpuasa dengan hubby tersayang... kalau dulu, sahur sorang2, buka puasa sorang2.. tahun nie... bersahur dan berbuka bersama hubby.. skill memasak saya pun berkembang setiap hari... harap2 dapat memenuhi citarasa hubby tersayang..

Monday, August 2, 2010

Muffin Coklat

Ni resepi muffin yang i ambik dari blog kawan...
nak balik cuba ari ni... arap2 menjadi...

yani, i copy u punya resepi....
terima kasih.

gambarnye nanti i upload...

oleh: yani Muffin coklat yani@myresipi.com

Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati



Bahan-bahan (untuk 10 biji )

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara untuk membuatnye

1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Tips berguna

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.