Cari blog ini

Monday, March 21, 2011

Fakta - fakta tentang tsunami di jepun 2011

Beberapa Fakta Berkaitan Gempa Bumi Yang Menyebabkan Tsunami di Jepun


Semasa menonton berita di tv jumaat lalu, aku rasa amat terkejut melihat pristiwa ini berlaku. Kereta,kapal,rumah bagaikan barang mainan dibawa arus air laut yang mengganas. Itulah kuasa Allah  yang tiada taranya..
Dunia digemparkan sekali lagi dengan kejadian tsunami yang dahsyat. Sebelum ini ia melanda Acheh, kali ini Jepun pula dibadai tsunami. Berikut adalah beberapa fakta tentang gempa bumi yang mengakibatkan tsunami besar di Jepun Mac baru-baru ini:



•Gegaran terkuat pernah melanda Jepun.

•Gempa bumi kelima terkuat di dunia sejak 1900.

•8000 kali ganda lebih kuat berbanding dengan gempa bumi yang melanda New Zealand Febuari 2011 lalu.

•700 kali ganda lebih kuat berbanding gempa di Haiti, tahun 2010 lalu.

•Menggerakkan pulau Honshu 2.4 meter ke timur.

•Mempercepatkan putaran bumi sebanyak 1.6 mikrosaat, menurut NASA.

•Memusnahkan dasar lautan sepanjang 300 kilometer dan selebar 150 kilometer.

•Berpunca daripada plat tektonik gergasi terperosok ke bawah plat lain, iaitu pergerakan bumi yang sama seperti gempa bumi yang menyebabkan tsunami pada 2004 di Asia.

•Tenaga yang dilepaskan gempa itu bersamaan dengan penggunaan kuasa selama sebulan di seluruh Amerika Syarikat.

•Sistem amaran gempa bumi Jepun memberikan penduduk Jepun tempoh 15 saat untuk berlindung sebelum gegaran berlaku.



Kini Jepun dilanda pula dengan krisis makanan dan air bersih. Lebih memburukkan keadaan reaktor nuklearnya di Fukushima juga dalam keadaan serius. Peleburan nuklear adalah sesuatu yang lebih dahsyat dan menggerunkan dari tsunami. Diharap para jurutera Jepun dapat memperbaiki reaktor ini agar sekurang-kurang mengelakkan bencana kemanusiaan kali kedua berlaku di Jepun selepas tsunami. Kita sebagai rakyat Malaysia berharap rakyat Jepun dapat mengharungi saat sukar ini dengan penuh ketabahan.



Bersyukurlah juga kita kerana bumi Malaysia kita ini masih lagi aman dan dilindungi dari bencana-bencana yang amat dahsyat seperti demikian.

Tuesday, March 8, 2011

Kehilangan......

          Hari ini genap 40 hari pemergian anakku yang teramat ku cintai, Mohd Firas. Tak ku sangka kita hanya bersama sekejap cuma... 15 minggu mengandungkanmu.... Belum sempat ibu merasai pergerakan mu... Kau pergi tanpa ibu sedari....Semangat ibu seolah olah terbang pergi bersama jasad mu yang kini aman bersemadi... Sesekali bila ibu memikirkanmu... Ibu terasa tiada ertinya lagi hidup ini... namun ibu gagahi juga tuk meneruskan hidup yang tersisa... Mungkinkah ada pengganti dirimu dalam masa yang terdekat ini.... Tapi ..pada ibu... Mohd Firas tetap permata hati ibu yang pertama..... Al - fatihah buat permata hatiku. Tunggu ibu di pintu syurga......